Kumpulan Puisi Sanjak Si Renta: Rindu kembali bertaut

This time around I’ll make an exception to my blog entry. I’m writing this in Bahasa Melayu, tribute to a poem collection called Sanjak Si Renta by Pharo Abdul Hakim. Here goes…my Monday blues

Kepulan asap dari secawan Nescafe panas masih lagi menghiasi ruang kubikel pejabatku. Sebungkus pesanan Roti Kawen masih lagi berlipat kemas disebelah cawan Nescafe tadi. Jari-jemari menari ligat di atas huruf-huruf di papan kekunci sambil mata meliar memerhati surat-surat elektronik yang masuk tanpa henti di monitor. Sesekali jemari itu terhenti dan tangan itu mencapai secawan Nescafe tadi untuk dihirup. Terasa suam air mengalir merentasi toraks.

Pagi Isnin ini, aku langsung teringat dengan temujanji saudara Pharo tentang buku kompilasi puisinya. Bangga benar rasanya bila punyai sahabat handai yang berjaya menerbitkan hasil karyanya dalam bentuk media cetak. Manakan tidak, buku ini adalah cetakan pertama dan ianya HARUS dimiliki. Selama lebih kurang setahun lebih rasanya aku mencuri-curi membaca himpunan puisi beliau di laman blognya namun kali ini, semuanya boleh ditatap helaian demi helaian tanpa risau dimanapun anda berada. Tidak usah risau lagi terputus sambungan internet dan terputus bekalan elektrik (atau kehabisan bateri komputer riba).

Jam berdetik pukul 9.15AM apabila telefonku berbunyi. Satu pesanan ringkas diterima dari saudara Pharo. Sebentar lagi sampai katanya. Fuh! tidak sabar rasanya menunggu.

15minit kemudian kedengaran telefonku berdering lagi. Ya! Beliau sudah sampai. Aku bergegas turun ke tingkat bawah untuk bertemu beliau dan menerima hasil TERBITAN PERTAMA buku Kumpulan Puisi Sanjak Si Renta yang ditandatangani oleh beliau sendiri :). Setibanya di tingkat bawah, terlihat sesusuk tubuh dan seraut wajah yang telah agak lama tidak ditemui. Setahun lebih rasanya tidak bersua. Seraya menyampaikan naskah yang dipesan, sempat jua bertanya khabar dan bertukar-tukar berita dengan beliau. Pertemuan ini bagaikan suatu sinar yang benar-benar memancar satu cahaya keindahan persahabatan dan memaut kembali suatu perasaan melankoli tatkala giat melakar nukilan satu masa dahulu.

Halaman hadapan buku Sanjak Si Renta

Halaman hadapan buku Sanjak Si Renta

Ayuh aku kongsikan puisi kegemaranku dari buku ini:

Perlukah kita bezakan
antara sampah masyarakat
dengan penghuni kamar utama
dalam mentafsir kleptomania
 
Colok perjuangan lalu
menjadi suluh getir
malam suram
dipadam jiwa
dibunuh kuasa menggila
 
Kita tidak bisa membeza
antara anarkis
dan penjunjung demokrasi
ketika meraka bermarhabbah
dalam menerobos khazanah bangsa
 
Benarlah kata Aesop
dua ribu lima ratus tahun yang silam
“Kita hukum gantung pencuri jalanan
dan lantik penjarah agung di tampuk kuasa”
 
Kita tersipu-sipu malu
bertutur dalam Bahasa Melayu
sedang mereka sudah menjarah
milik bangsa dari luar angkasa.
 

- Petikan dari ‘Kleptomania’ dari buku Kumpulan Puisi Sanjak Si Renta hasil karya Pharo Abdul Hakim

Untuk mengetahui dan mengenali dengan lebih akrab lagi tentang penulis buku ini, anda boleh melayari laman blog beliau di:-

Selamat membaca.

About these ads

4 thoughts on “Kumpulan Puisi Sanjak Si Renta: Rindu kembali bertaut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s